Salam buat pembaca Cuiit dan OOlat.
Satu pagi…seperti kebiasaannya aku akan singgah di sebuah restoran ‘peberet’ aku dan ‘pekena’ roti canai banjir bersama ‘teh secawan’. Seperti biasa juga, setiap kali aku menjamu selera di situ seseorang akan ‘belanja’ aku makan… tak tau kenapa. Agaknya orang kesian bila tengok muka aku kot.. hi hi
Aku duduk semeja dengan seorang kawan aku (dia yang belanja aku minum)..
“Zoul, ko ada projek baru tak..” tanya Latip (kawan aku)
“Projek apa..? tanyaku pada Latip
“Apa-apalah.. Government punya projek pun tak pe..” jawab Latip
“Oh.. ada. Aku ada beberapa projek sekarang ni, semuanya direct nego.. 100mil ke atas dan 4% consultation fees bila aku dah dapatkan LAnya.. amacam?” tanyaku semula.
“Ok gak tu… camna nak buat?” tanya Latip.
“Ok.. ko bagi kat aku ko punya company profile dengan prepare LOI ko, biar aku check dulu..” jawab aku lagi.
“Ok… Boss.” Jawab Latip sambil mengangkat tabik ala-ala polis.
Seorang lelaki yang duduk dimeja sebelah tiba-tiba mencelah.
“Ia ke tu.. boleh percaya ke..?” Tanya lelaki tersebut
“Terserah kat abang lah.. saya tak paksa pun bang..” jawab aku.
“Ko tau.. aku ni dah jadi kontraktor lebih dari lima belas tahun dah, jangan nak bohong aku pasal projek kerajaan ni. Mana sekarang ada lagi direct nego punya projek..?” terang lelaki tadi.
“Aku sendiri pernah terkena sampai RM350 K tau.. up-front lepas tu habuk pun tarak..” kata lelaki tu lagi.
“Kalau ko betul-betul ada projek.. tunjuk aku paper project tu..” cabar lelaki tu.
“Bang.. mana boleh saya tunjuk terus dengan abang.. saya bukan kenal dengan abang pun..” jawab aku.
“Hah.. ko menipu lah tu..” tuduh lelaki tu lagi.
“Bukan.. macam ni lah. Kalau abang berminat tapi kurang percaya.. kita buat JV agreement antara company abang dengan company saya. Saya dapatkan projek untuk abang dan semua modal awal termasuk upfront saya yang sediakan. Tetapi bila saya dah dapatkan projek tu.. company abang kena bayar saya 10 peratus consultation fee dari total project value.. setuju..?” aku tanya dia lagi.
Terdiam sekejap..
“Berapa value projek yang ada kat ko..?” lelaki tu bertanya lagi.
“Dalam RM100 mil sampai RM100 bil… government infrastructure development project dengan Class A contractor sebagai syarat..” jawab aku.
“Company abang mesti ada modal berbayar yang mencukupi atau boleh pakai bank guaranty kalau ada..” terang aku lagi.
“Hrm.. kalau setakat RM10 mil sekarang pun aku boleh bagi asalkan ko boleh provide proper document..” jawab lelaki tu.
“Saya tak nak duit abang sekarang.. saya cuma ambik duit bila kerjanya saya dah buat dan abang dah confirm dapat job..” jawab aku spontan.
“Tapi aku tak percaya kalau tak da document ni..” kata lekai tu dengan muka mencebik.
“Bang.. saya bukan jenis yang jaja document tapi photocopy punya dan entah cilok kat mana-mana..” aku menjawab lagi.
“Tak pelah bang.. saya pun dah selalu jumpa orang macam abang ni.. tapi at last kantoi sebab modal company dah surut sebab tu banyak soalan..” kata ku lagi dengan agak kurang ajar.
“Eh..ko ingat aku tak de duit.. kalau takat muka ko tu..sekarang ni takat lima enam ribu celah gigi aku boleh bagi tau.. cakap berapa ko nak .. tapi dokumen ko kena tunjuk..” lelaki tadi naik angin.
“Ayah..! ayah…. ” seorang kanak-kanak perempuan menghampiri lelaki tadi.
“Hah..! apa dia, nak apa lagi?” herdik lelaki tadi.
“Ibu tanya.. kenapa lama sangat beli roti canai, belum siap lagi ke..? tanya kanak-kanak tadi.
“Belumlah..!” jawab lelaki tu.
“Tadi ibu pesan.. duit yang ibu bagi tu jangan habiskan, belennya ibu nak buat belanja sekolah esok..” kata kanak-kanak tu.
Lelaki tadi memandang aku dan rakan aku dengan muka malu
“Dah lah.. tak jadi beli roti canailah… jom balik..!” kata lelaki tadi.
“Betul orang kata.. orang melayu kalau tak berlagak bukan melayu namanya..” bisik aku.
Kisah ni dah lama berlaku….
Popularity: 25% [?]
Related posts:
on
{ 34 comments… read them below or add one }
huiyoo..sentak baca..heee.
sebelum tu..nk tnya sket..incik oolat ni consultan projek ke?? ade keje kosong?? hahahahah..gurau..
itu la dia org melayu ni..belagak nombor 1…tapi habuk pun tarak…heran tol org ckp pung pang pung pang tp kosong mcm tin milo kosong…beragak la kot iye pun kn..
RaMa2UnGu´s last blog ..Nivea Purple
hrmmm.. consultant project mende?
aku kuli kokek coukia jer…
Sebenarnya tak juga… ramai juga org melayu yg aku jumpa tu memang banyak duit.. tp lebih suka deal ngan cina. Mungkin sbb org melayu yg lain tu tak setaraf dia kot…
itu dah definasi kes memandang rendah bangsa sndri kn..hehehe
pd aku la kan..sbb aku pun keje bahagian projek gak…sama je suma nye..baik cina, india n melayu…..lebi kurang je..lagi2 dalam bisnes, suma nak pk untung masing22 je kan..standard la tu
Yup… mana ada org bisnes yg nak rugi.. tu aku leh terima..
Tp kenapa bangsa lain boleh bantu membantu sesama mereka.. kenapa kita tak boleh..? itu yg aku musykil tu..
Erk. Dunia bisnis mmg sangat memeningkan kepala.. Hehehehe.
Anda tak pening ke zoul? Ngeeee..
Ape bestnya jadi berlagak ni eh. Hmmmmm.. Fikir jap..
Memang pening.. bayangkan kita nak tolong dia bisnes dgn carikan modal yg besar.. tp bila kita mintak dia invest sikit utk tunjukkan commitment .. usaha sikit pun tak nak.. camner aku nak tolong..?
seronok aje pak cik tu (panggil pak cik la sbb dah ada anak haha) berlagak last sekali temberang dia pecah.
err encik zoul, ada keje kosong tak? saya sedang mencari kerja kosong ni sementara dapat placement

fatin´s last blog ..Keputusan SPM makin hampir. Di sini ada satu cerita untuk adik-adik yang mahu terbang ke luar negara
Soklan ni yg paling susah aku nak jawab.. bukan tak de keje..
ada, tp bukan skarang..
Aku tgh set up satu lg company.. nanti kalau ada kekosongan aku war-war kan kat sini.. mungkin ambik masa sikit.
haha. aku main2 aje la zoul. jauh kot(aku assume je), aku kat kelantan ni.
fatin´s last blog ..Keputusan SPM makin hampir. Di sini ada satu cerita untuk adik-adik yang mahu terbang ke luar negara
Hui.. oghe kelate..
kawe oghe selangor tp kalu nok kecek kelate … begheh
Rama saing kawe oghe kelate..
kalu nok blaja.. ingak blaja jange nok ingak kijo eh… hi hi
hohoho..

mlyu mudah luper
husna´s last blog ..so many things need to be done
Ada satu yg kita tak mungkin lupa…
iaitu camner nak mendengki dan menghasad.. har har
mmg pon…
yg belagak2 ni biasanya yg xde pape…
ckap je lbey2 n hina2 org pla tu…
xsedar diri betul…
biasa yg terkene camni org yg keje kat bhg customer service…
byk kali da experience… uhhu..
Wahaha.. dulu aku penah kene dgn sorang ‘datuk’ nampak cam orag kaya kete BM lagi tuh.. rupa2nya hampeh, kete pun cuma pinjam rupanya… prgghhhh..
cam nih lah.. bdoa lah moga2 kt tidak mlatah, esok2 ari nyerrr spt org yg diciterkan.. maafkan lah org2 yg begini skiranya kt tserempak di mana2..
suhana´s last blog ..TAHNIAH KEPADA AJK PIBG SMK KEPONG, SESI 2010/2011
Aku tak marah sebenarnya.. tapi kesian..
Aku bukan nak malukan.. tp cuba menyedarkan..
Aku bukan nak pulaukan.. tapi nak tolong..
Aku bukan nak menghina.. Melayu tu kan bangsa ku juga..
Insyaallah.. dh lama aku maafkan.
Alamak bro zoul..
Maafkan aku, kiranya catatan mjadi sensitif!..
bahan yg bagus sbg contoh, buat tatapan ksedaran semua!..
unt mengingatkan aku,
aku bangsa Melayu,
jangan jadi lagu tuuu…
InsyaAllah..
Mohon kemaafan sekali lagi!
Tkasih dan ikhlas dari hati..
suhana´s last blog ..TAHNIAH KEPADA AJK PIBG SMK KEPONG, SESI 2010/2011
Alhamdulillah sampai saat ni aku belum marah lagi la.. hi hi
Jgn lah minta maaf mcm tu sekali.. bukan ada salah pun..
Segala komen aku terima dgn hati yg terbuka.. mana yg baik aku ambik dan simpan.. mana yg kurang baik tu.. aku diam2..
Terima kasih di atas kesudian menjengok dan komen..
isyh tak kusangka cempedak kusanga durian tembaga..huhu..teruklah org2 mlyu skrg ni..
Hi hi.. tak sumer lah.. cuma segelintir yg tergelincir jer.. hi hi
hahahah..gitulah, biasanya yg betul2 kaya n stabil tak kan cakap besar,…yg tak berapa nak ada tu lah yg nak berlagak tu….

etomyam´s last blog ..Pandangan Mengenai Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar
Ha.. jd aku bleh ckp besar sebab aku tak kaya.. he he
Apa nk jadi ngan bangsa aku ni.. ~.~’
kertaz´s last blog ..Windows Explorer sebagai FTP Client
Tak pe..tak pe.. belum terlambat kalau nak buat sesuatu…
huhu..setiap orang lain cara didikannya..apa nak buat jika disiplin diri kurang ada dlm diri sendiri..maka sikap sombong akan mula bermaharajalela d hati..
amboi… kekwatnya lelaki tue…
cakap pun pang pung pang…
alih2..errr.. terkantoi…
annfrendly´s last blog ..Pengecut
masa tu memang nampak lelaki tu terkulat2 macam ulat.. tp dlm hati ada rasa kesian juga… apa nak buat..
menarik la citer ni
citer real eh?
nampak sgt laki tu yg takde ape2
sampai org lain pun die pandang rendah
berpijak di bumi nyata……….
citer benar tp dh agak lama dah.. kebetulan waktu tu ekonomi agak kurang baik…
Whooo… biasalah tuh.. sembang nak lebat je… last2 kantoi gitu je.. biar business kecik pun takpela.. janji halal..

zik´s last blog ..Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini!
aku setuju.. ko tau member aku kejenya jual air ngan buah jer tepi jalan.. sehari dia punya untung bersih lebih dari RM300 tau.. pastu tak yah pikir pasal cukai plak tu…
mcm dalam cite drama ek encik zoul..hehehe
nurasyikin.mokhtar´s last blog ..Kenapa lelaki dikawal semakin liar?
Pergh…!!
Ini drama real punyer.. haha
salam ..
siapa yang sombong dia yang rugi yer tak??hehe